HOME: Home

Faculty of Communication & Media Studies Official Website

E-mail Print PDF

PM DR Rahmat Mendapat Perhatian Akhbar Saudi Arabia

PM DR Rahmat mendapat perhatian akhbar Saudi Arabia

Persidangan Antarabangsa anjuran King Khalid University, berkenaan "Rumors" yang berlangsung selama tiga hari mulai 25 - 27 Nov di Abha Palace, Arab Saudi telah menarik perhatian PM Dr Rahmat Ghazali (Timbalan Dekan HEA) untuk membicarakan isu pembohongan, fitnah, hasutan, dan kempen kebencian melalui media Internet.

Beliau telah dijemput untuk menyampaikan ucapan alu-aluan di hadapan Putera Raja, Prince Faisal Khalid Abdul Aziz, Putera Jajahan Aseer, Arab Saudi sebagai mewakili lebih 80 pembentang kertas kerja dari seluruh pelosok dunia.

Menurut Dr Rahmat, pandangan kritikan beliau terhadap akhbar dalam talian antarabangsa seperti Washington Post, The Guardian, New York Times, dan beberapa akhbar popular lain yang menjadikan keuntungan sebagai agenda utama mereka telah menarik perhatian peserta dan pihak Arab Saudi apabila tiga hari berturut-turut beliau mendapat perhatian akhbar popular di sana seperti Al-Watan, Al-Jazeera dan Al-Fafah, termasuk sebuah stesen TV di sana.

Di samping itu Dr Rahmat juga telah menyentuh tentang gelagat pemberitaan Internet yang memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi pemberita dan wartawan dalam talian tanpa melalui didikan ikhtisas dalam bidang kewartawanan. Dengan itu etika kewartawanan menjadi amat tipis dan cair apabila soal kebenaran,verifikasi maklumat, pembuktian dan asas falsafah moral diketepikan.

Fenomena Internet sedemikian amat bahaya kepada negara dunia ketiga yang masih mencari-cari kestabilan politik, ekonomi dan sosial, malah sejarah kontemporari telah menyaksikan kejatuhan negara Islam daripada sindrom Internet dan media baru yang sedemikian.

Menurut Dr Rahmat, beliau bangga kerana beliau membawa bersama imej dan nama baik FKPM dan UiTM.

Sila Muat Turun Artikel Akhbar Saudi Arabia Mengenai PM DR Rahmat

Last Updated on Wednesday, 10 December 2014 21:16
E-mail Print PDF

Borang Permohonan Tabung Amanah Pelajar

Sila Muat Turun Borang Permohonan Tabung Amanah Pelajar

E-mail Print PDF

Academic Writing Guidelines

The main objective of this Academic Writing Guidelines is to provide reference to students who are working on their COM660 Academic Writing report. Students must follow the specifications outlined here to ensure their completed report meets the academic standards as expected of a Bachelor degree.


Please Download "Academic Writing Guidelines"

E-mail Print PDF

Pemakluman Aktiviti Melalui Website Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

YBhg Prof/Tuan/Puan

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Y.Bhg Prof/Tuan/Puan boleh memaklumkan sebarang aktiviti atau program yang membawa nama fakulti untuk dimasukkan dalam Website fakulti, Bagi tujuan tersebut borang untuk tujuan hebahan turut disediakan bagi memudahkan pihak admin untuk memasukkan aktiviti yang bakal/sedang dilaksanakan kedalam website fakulti.

Bantuan dan kerjasama YBhg Prof/tuan/puan dalam hal ini, didahului dengan penghargaan terima kasih.

Sekian

Abuzar Abdul Halim

Koordinator Koporat 
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media
UiTM Shah Alam

SILA MUAT TURUN "BORANG PEMAKLUMAN AKTIVITI MELALUI WEBSITE FKPM"